Friday, November 2, 2012

Saat yang penting dalam keluarga

Terima kasih Ustazah Norhafizah atas ingatan yang diberi, semoga ilmu yang diperolehi dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian. InsyaAllah....

1. Saat bangun tidur :
  • Senang hati suami jika ketika bangun tidur dilihat isteri cantik bertelekung selesai solat sunat sebelum subuh. Jangan bagi suami nampak kita dalam keadaan comot/tak terurus selepas bangun tidur
  • Anak : melunakkan suara dengan anak. Sambut bangun tidur mereka dengan salam dan sama-sama baca doa bangun tido. Jangan celik mata anak, teruk dengar tengking suara ibu dengan arahan apa yang perlu dibuat sepanjang hari.
2. Saat pergi sekolah/kerja:
  • Diiringi dengan senyuman, doa dan restu.
  • Salam dan senyum pada suami dan anak-anak. Jika keluar terlebih dahulu dari anak2, cuba telefon waktu yang dirasakan anak nak ke sekolah.
3. Saat pulang dari sekolah/kerja:
  • sambut dengan salam, senyum ...
4. Saat sebelum tidur :
  • sama-sama mengaminkan doa tidur di sisi anak-anak.
Anak-anak adalah amanah yang dianugerahkan Allah untuk kita, sama-samalah kita pikul tanggungjawab ini dengan penuh rasa syukur kerana diberi peluang ini.

Maaf anak-anak mama kerana Mama sering lupa perkara nih, kerap juga mama marah sbb rendah sangat tahap kesabaran mama. insyaAllah mama akan cuba cari sebanyak mungkin ilmu agar dapat kita sama-sama amalkan...

Sunday, April 29, 2012

Si Baldu Merah

Saki baki kek si baldu merah. kira oklah utk yg pertama kali cuba dan tak pandai buat kek. buat khas utk suami tersayang yang balik sekali sekali dari Kuantan :P hihihih.
Alhamdulillah pujaan hati makan berkali-kali. beberapa pengajaran setelah kek siap:-

1. kalau ikhlas kongsi ilmu, insyaAllah keberkatan bertambah. TQ http://e-nalovelykitchen.blogspot . alhamdulillah kek menjadi berdasarkan resepi yg dikongsi.
2. manusia nih mmg dijadikan untuk berhubung antara satu sama lain. tak boleh hidup sorang2. TQ buat niza di atas support yg bersungguh supaya cuba gak buat kek, hihiiih. Tq juga untuk chor utk dekorasi aising kek nih hihihih, walau apa pun rupanya, yg penting ikhlas nak berkongsi pengalaman (rupanya chor penah keje di kilang buat roti/kek dulu, hish memcm keje rupanya chor penah buat).
3. lain kali kalo nak buat lagi kena bakar dalam 2 bekas berasingan supaya takyah nak potong tgh kek. krim keju di antara kek pun patut letak lebih sket.

lupa plak nak amik gambar seketul kek yg siap sebelum dipotong sbb excited sgt nak mkn, boleh?