Tuesday, July 20, 2010

18Julai2010

ke Sogo utk cari baju hero-hero kecil. sgt penat sebab nak melayan kerenah diorang dan dlm masa yg sama nak cari barang utk diorang. kiter sibuk nak suai padan saiz baju diorang, diorang sibuk plak nak berlari ke mainan. sangat tak larat nak kejar dengan perut dah makin besar!

nasib baik sgt papa diorang tak keje hari tuh, kalo tak mmg tak kuarlah kami. punyalah leka mencari bebarang lain sampaikan hadif buat dialog " mama, abg lapar sgt nih. abg nak makan nasi ngan sambal" yg adik plak " adik nak nasi kuning". manalah nak cari nasi2 yg mcm tuh? so we end up makan kat INSAF mengikut selera mama dia :p. maka insaflah kami sekeluarga selepas makan di sana:-
1. sebab kesedapan dah tahap biasa
2. setakat air milo-ais n teh tarik tak dijual (ada air buah sahaja)
3. sukatan nasi yg sikit (jauh benar bezanya dengan nasi bukhara kat mahbub bangsar!)
oh, terjumap sepupu (cik na) plak kat sana....

setelah seharian berjalan.... badan sangat letih dan SANGAT tak sabar nak menanti 24Julai2010. sesi urutan versi mengandung di bella luna, sesi lepas masih terngiang di minda. hish,tak sabar betul rasanya! best sgt ......ala tp mesti kena bebel mcm nurse kat KIA pasal berat badan naik mendadak lg! lebih dari yg sepatutnya....