Monday, July 28, 2008

Cheng Ho Islamic Seafood Restaurant

Memang kadang-kala teringin juga nak merasa masakan cina tapi sering hajat terbantut bila tiba-tiba ada pula suara halus dalam kepala tertanya "Halal ker nih? manalah tau ader campuran yang tak sepatutnya ker?" dan memacam lagi persoalan.

Sekarang tiada lagi was-was kerana dengan senang hati boleh menikmati apa jua hidangan yang dipesan di Cheng Ho Islamic Seafood Restaurant. Bangga btul gue ngan Amy Search nih... dari manalah dia dapat tukang masak restauran tuh. masakan dia memang sedap!

Semalam kami sekeluarga pi mencuba Crab Salted Egg, Butter Prawns, Steamed Fish Nyonya Style dan Honey Dew Juice. ketam dia memang sedap...tak terfikir kombinasi ketam dan telur masin memang sedap! Memang direkomenkanlah untuk sesapa mencubanyer.

memang sedap....nak plak my hasben yg blanja...bergandalah rasa sedap dia! tapi bak kata my hasben kurang puas kami mkn semlm sbb anak-anak dok asyik kacau. so, kami sepakat untuk ke sana lagi tapi tanpa 2 hero kami tuh... tp muncul plak soalan, sapalah yg nak jaga depa tuh???

Ohya, untuk sesapa yang nak mencuba.. restorant nih terletak di Jalan Wangsa Delima 10, Blok 3B, Titiwangsa Wangsa Maju, KL (bebetul belakang Carrefoure)

No comments: