Monday, August 22, 2011

Menjelang Aidilfitri 2011

Alkisah lagi beberapa hari lagi Ramadhan dah nak meninggalkan kiter, lagi-lagi plak waktu nih bendera jepun tgh berkibar plak tuh...ralatnya rasa, cam rugi byk benda tak boleh buat. waktu Ramadhan nih patutnya banyak amalan yang patut dibuat, ntah thn depan dapat jumpa lg tak Ramadhan.

Apa pun, sambil melayan waktu rehat nih, hati tercuit tengok gambar lama-lama nih.



Gambar waktu cukur jambul Amir Asyraff, adalah dalam 3 bulan umurnya.


Raya tahun 2010, tengah sarat mengandung, maka Amir lahir di bulan Syawal. Along dan ANgah lahir di bulan Ramadhan..
kali nih beraya di Penang, serba hijau kami sekeluarga. Baju hijau lumut nih untuk meraikan kak nani kahwin jugak. 2 dalam 1, jimat.

waktu nih, zaim kecil sangat lagi, hadif pun baru nak masuk 2 tahun.




Hadif Hakim dan Mama baru habis pantang waktu nih, kebetulan plak Yon dan Ina kahwin.


inilah pertama kali sambut raya dengan status sebagai ibu...tengah dalam pantang lagi nih, tp nak gak pakai baju raya .hehehe






Monday, May 23, 2011

Imah dah tunangan orang...







21 Mei 2011 : Imah bertunang. lokasi di kuarters RloveN. jeng jeng jeng...beriya siap lilit bunga di sepanjang tangga tapi berbaloi sebb nampak cantek luar n dlm gambar. for imah: selamat mengharungi alam pertungan, all the best untuk menanti bab seterusnya dalam kehidupan.



coming agenda Oktober 2011 my dear brother , Ariff nyer wedding plak. November 2011 my dear cousin , Nani's wedding. Disember 2011 will be Ekin's Engangement. all the best to all of you... jika telah dijodohkan pasangan itu untuk kamu, semoga dipereratkan dan dipanjangkan jodoh kalian dengan kebahagiaan. sebagai kakak, kaklong sentiasa doakan yang terbaik dan semoga kalian bahagia selalu.

Friday, April 1, 2011

Doa Isteri

terbaca kat blog nih http://afizart.blogspot.com/2008/01/doa-isteri-solehah.html dan terasa nak letak kat blog sendiri supaya boleh baca selalu. dan elok juga rasanya utk dikongsi dgn para isteri-isteri yang terbaca blog nih. so, here it is, cekidaut:-

Ya Allah.. Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah… Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi ya Allah…


Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suamiku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah…


Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah…


Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbingan Mu


Aku cacat tanpa hidayah Mu Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya Allah…


Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,


Ya Allah… Ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu


Ya Allah Tuhanku……. Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Tuesday, March 8, 2011

Alahai Hadif

Perbualan ketika di ruang tamu sambil bermain dengan Amir, menonton TV sekeluarga.

Hadif : mama tolong lukis gambar baby amir . (sambil menghulur krayon hitam dan kertas)
Mama : ermmm...cam nih ok? (sambil tunjuk lakaran muka bulat dan senyum seakan baby)
Hafif : mana tangan ngan kaki dia mama?
Mama : ala...camner mama nak lukis nih. cam nih bleh?...
Hadif : apatuh mama, abg tengok cam GAJAH jer?
Mama : kat mana yg mcm gajahnyer? nih tangan dan kaki dia kira oklah tuh. ok dah siap.
Hadif : wah comellah mama. (sambil senyum)

tetiba jer..
Hadif : mama, abang nak warna muka amir boleh tak?
Mama : boleh, warnalah.
Hadif : ok, abg nak warna guna krayon hitam nihlah!
Mama : naper warna hitam? abg nampak amir warna hitam ker?
Hadif : taklah tapi sebab abg suka sangat warna nih.

........apa-apalah abg....

Saturday, January 15, 2011

Minat Baru semperna Tahun Baru

Sejak kehadiran Amir Asyraaf, minat baru sekarang adalah :-

1)isu,blog,produk berkaitan susu ibu.
al-maklumlah 2 abg dia sebelum nih mmg peminum susu bancuh tegar.mungkin kerana beberapa faktor tertentu. so, kali nih sgt teruja sebab dapat menyusukan amir sekerap mungkin, siap pam tiap2 hari lg tuh.

tapi...sejak kena hadir kursus kat INTAN sejak 11Jan2011 nih pengeluaran semakin kurang. mungkin sebab tak pam sepanjang berkursus! sedihnyer... camner nak harungi lagi 5 mggu tempoh berkursus nih!

2) lampin kain moden, CD cloth diapers
sangat comel coraknyer dan lembut. rasa cam kesian plak hadif ngan zaim tak merasa lampin kain waktu mereka bayi dulu. setakat nih baru beli 3 untuk pakai waktu malam. memang tak cukup, nak tambah lagi. selain elok untuk alam sekitar, yg paling penting selesa untuk bayi sebab ia daripada kain. kita(perempuan) yang pakai pad punkekadang terasa rimas, nih plak bayi yg tak bleh nak kata n buat apa, terpaksa pakai pampers selama berbulan ke bertahun.

3) baby-wearing ker baby bearing huh, lupa plak!
bab nih memang kena belajar lebih lagi cara penggunaannya. dah beli 1 dari lunatot, cuma terasa cam patut beli yg kainnyer sejuk sket. sbb yg ada sekarang warna hitam dan dari kain kapas. sangat berguna terutama bila balik kampung dan kereta penuh tak bleh bawak baby car seat sebab rasa selamat sket dukung amir.

4) bahan bacaan ... nih penting untuk menenangkan jiwa n fikiran terutama untuk memotivasi dan memperbaiki kelemahan diri sendiri. terutama dalam keadaan sekarang yang sudah beranak 3, hero-hero ultraman plak tuh, bekerja sepenuh masa plak tuh, org gaji pun takder, suami plak keje swasta yg sibuk memanjang, keadaan rumah yg agak jauh dari jiran. ilmu kena ada untuk mengawal perasaan yang kekadang kurang stabil akibat badan yang penat, minda yang lesu, tekanan di opis, jem-perjalanan pergi balik kerja dgn 3 anak dibawa bersama. tapi takper...apa yg penting hati hepi.....

bab bahan bacaan nih...sudahkah diri ini bersedia untuk menjadi pelajar semula?
ahh...lepas nih kena mula mohon U plak. harap-harap adalah U yang sudi terima...amin!