Memandangkan 3 anak-anak lelakiku kurang mendapat pendedahan pendidikan secara terus dari bapa mereka yang hanya berjumpa 2 minggu sekali sejak akhir tahun 2012, maka terdetik dalam hati bagaimana usaha yang harus aku ikhtiarkan supaya kekosongan dalaman mereka dapat dipenuhi. Kerap kali terbaca di majalah atau post2 di facebook berkenaan cara pendidikan yang berbeza untuk anak-anak lelaki dan perempuan.
Anak-anak lelaki perlu diberi pendedahan yang lebih pada aspek pengurusan tenaga mereka dengan disalurkan kepada aktiviti fizikal yang lebih lasak dan dalam masa yang sama penggunaan daya fikiran perlu turut digunakan secara optimum. Jika diperhatikan pada aktiviti harian mereka, awal pagi dimulakan dengan sekolah kemudian petang ke sekolah agama hingga petang. Bagi Zaim pula selepas sekolah pagi waktunya hanya dihabiskan di taska asuhan tempat yang sama dengan Amir. Kerap kali Zaim dibebani dengan urusan menjaga adiknya Amir di taska dari segi mandi, makan, hingga tidur adik sehingga waktu mainnya dengan rakan-rakan terpaksa diketepikan kerana adiknya. Sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif pada tingkah-lakunya di rumah. Alhamdulillah perubahan ini dapat dikesan awal oleh bapanya suatu hujung minggu. Itu pentingnya pengaruh BAPA pada anak-anak lelaki terutamanya.
Hasil pembacaan juga, kerap kali terjumpa petikan ini Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda,
berenang dan memanah”[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam
Muslim] (http://amekaw.com/2013/04/kenapa-perlu-belajar-berkuda-berenang-dan-memanah/).
Terdetik di hati untuk menghantar anak-anak belajar berenang tapi sukar mencari lokasi dan guru yang sesuai. Jadi kami mencuba dengan pilihan kedua iaitu mencari kelas memanah untuk anak2. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan kami dan kini sudah sesi kedua kelas memanah untuk Hadif dan Zaim. Melalui LEAP (Learning Archery Through Play) http://www.pemanah.net/ Hadif dan Zaim dapat meningkatkan keyakinan diri mereka di samping dapat belajar berkomunikasi dengan rakan yang jarang mereka jumpa. Amir pun tumpang seronok sebab datang pergi playground sepanjang sesi kelas abang2nya. Ohya, adik mereka yang kat dalam perut pun suka ..sibuk aktif dok tendang perut, tak sabar nak keluar kut...
Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts
Thursday, May 2, 2013
Friday, November 2, 2012
Saat yang penting dalam keluarga
Terima kasih Ustazah Norhafizah atas ingatan yang diberi, semoga ilmu yang diperolehi dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian. InsyaAllah....
1. Saat bangun tidur :
Maaf anak-anak mama kerana Mama sering lupa perkara nih, kerap juga mama marah sbb rendah sangat tahap kesabaran mama. insyaAllah mama akan cuba cari sebanyak mungkin ilmu agar dapat kita sama-sama amalkan...
1. Saat bangun tidur :
- Senang hati suami jika ketika bangun tidur dilihat isteri cantik bertelekung selesai solat sunat sebelum subuh. Jangan bagi suami nampak kita dalam keadaan comot/tak terurus selepas bangun tidur
- Anak : melunakkan suara dengan anak. Sambut bangun tidur mereka dengan salam dan sama-sama baca doa bangun tido. Jangan celik mata anak, teruk dengar tengking suara ibu dengan arahan apa yang perlu dibuat sepanjang hari.
- Diiringi dengan senyuman, doa dan restu.
- Salam dan senyum pada suami dan anak-anak. Jika keluar terlebih dahulu dari anak2, cuba telefon waktu yang dirasakan anak nak ke sekolah.
- sambut dengan salam, senyum ...
- sama-sama mengaminkan doa tidur di sisi anak-anak.
Maaf anak-anak mama kerana Mama sering lupa perkara nih, kerap juga mama marah sbb rendah sangat tahap kesabaran mama. insyaAllah mama akan cuba cari sebanyak mungkin ilmu agar dapat kita sama-sama amalkan...
Tuesday, March 8, 2011
Alahai Hadif
Perbualan ketika di ruang tamu sambil bermain dengan Amir, menonton TV sekeluarga.
Hadif : mama tolong lukis gambar baby amir . (sambil menghulur krayon hitam dan kertas)
Mama : ermmm...cam nih ok? (sambil tunjuk lakaran muka bulat dan senyum seakan baby)
Hafif : mana tangan ngan kaki dia mama?
Mama : ala...camner mama nak lukis nih. cam nih bleh?...
Hadif : apatuh mama, abg tengok cam GAJAH jer?
Mama : kat mana yg mcm gajahnyer? nih tangan dan kaki dia kira oklah tuh. ok dah siap.
Hadif : wah comellah mama. (sambil senyum)
tetiba jer..
Hadif : mama, abang nak warna muka amir boleh tak?
Mama : boleh, warnalah.
Hadif : ok, abg nak warna guna krayon hitam nihlah!
Mama : naper warna hitam? abg nampak amir warna hitam ker?
Hadif : taklah tapi sebab abg suka sangat warna nih.
........apa-apalah abg....

Saturday, January 15, 2011
Minat Baru semperna Tahun Baru
Sejak kehadiran Amir Asyraaf, minat baru sekarang adalah :-
1)isu,blog,produk berkaitan susu ibu.
al-maklumlah 2 abg dia sebelum nih mmg peminum susu bancuh tegar.mungkin kerana beberapa faktor tertentu. so, kali nih sgt teruja sebab dapat menyusukan amir sekerap mungkin, siap pam tiap2 hari lg tuh.
tapi...sejak kena hadir kursus kat INTAN sejak 11Jan2011 nih pengeluaran semakin kurang. mungkin sebab tak pam sepanjang berkursus! sedihnyer... camner nak harungi lagi 5 mggu tempoh berkursus nih!
2) lampin kain moden, CD cloth diapers
sangat comel coraknyer dan lembut. rasa cam kesian plak hadif ngan zaim tak merasa lampin kain waktu mereka bayi dulu. setakat nih baru beli 3 untuk pakai waktu malam. memang tak cukup, nak tambah lagi. selain elok untuk alam sekitar, yg paling penting selesa untuk bayi sebab ia daripada kain. kita(perempuan) yang pakai pad punkekadang terasa rimas, nih plak bayi yg tak bleh nak kata n buat apa, terpaksa pakai pampers selama berbulan ke bertahun.
3) baby-wearing ker baby bearing huh, lupa plak!
bab nih memang kena belajar lebih lagi cara penggunaannya. dah beli 1 dari lunatot, cuma terasa cam patut beli yg kainnyer sejuk sket. sbb yg ada sekarang warna hitam dan dari kain kapas. sangat berguna terutama bila balik kampung dan kereta penuh tak bleh bawak baby car seat sebab rasa selamat sket dukung amir.
4) bahan bacaan ... nih penting untuk menenangkan jiwa n fikiran terutama untuk memotivasi dan memperbaiki kelemahan diri sendiri. terutama dalam keadaan sekarang yang sudah beranak 3, hero-hero ultraman plak tuh, bekerja sepenuh masa plak tuh, org gaji pun takder, suami plak keje swasta yg sibuk memanjang, keadaan rumah yg agak jauh dari jiran. ilmu kena ada untuk mengawal perasaan yang kekadang kurang stabil akibat badan yang penat, minda yang lesu, tekanan di opis, jem-perjalanan pergi balik kerja dgn 3 anak dibawa bersama. tapi takper...apa yg penting hati hepi.....
bab bahan bacaan nih...sudahkah diri ini bersedia untuk menjadi pelajar semula?
ahh...lepas nih kena mula mohon U plak. harap-harap adalah U yang sudi terima...amin!

Subscribe to:
Comments (Atom)