Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Doa Isteri

terbaca kat blog nih http://afizart.blogspot.com/2008/01/doa-isteri-solehah.html dan terasa nak letak kat blog sendiri supaya boleh baca selalu. dan elok juga rasanya utk dikongsi dgn para isteri-isteri yang terbaca blog nih. so, here it is, cekidaut:-

Ya Allah.. Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah… Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi ya Allah…


Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suamiku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah…


Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah…


Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbingan Mu


Aku cacat tanpa hidayah Mu Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya Allah…


Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,


Ya Allah… Ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu


Ya Allah Tuhanku……. Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Thursday, May 14, 2009

IBU, MAMA, EMAK, BONDA

Untuk dikongsikan bersama ( diemel oleh seorang kawan : Rizal Muazzim ):

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapurlalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkantangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kosupah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar simindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yangsama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anakmenatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar"pada mukasurat yang sama ditulisnya.