Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

4th RloveN's Product

Thank you Allah for our precious number 4th. Alhamdulillah, baby sihat dan perempuan!
Kami namakan anugerah kali ini ...Dhia Delisha Binti Rosnadzran. InsyaAllah nama yang membawa maksud Sinaran Kegembiraan ini akan memberi erti yang mendalam kepada yang empunya nama dan dapat memberikan kesan/aura kegembiraan juga kepada insan-insan di sekelilingnya.

Blog ini bukan sekadar coretan kosong dikala empunya blog punya masa luang, namun lebih kepada pengisian untuk tatapan anak-anakku bila kalian besar kelak! Biar kalian tahu walau betapa sibuk mama dengan pelbagai urusan; kalian tetap di hati mama.

Buat Dhia Delisha, di sini mama kepilkan gambar-gambar Dhia yang sempat mama rakam buat masa ini...
Wajah Dhia sejurus keluar dari rahim mama. Lapar sangat ke sayang, sibuk betul main air liurnya?

Nih Dhia lepas 44 hari, mama pun dah habis pantang!

Gambar nih pulak masa Raya Haji, TQ aunty Nani for the dress n hairband.

Peace Yo...Dhia dah genap 4 bulan. Jambul aja yg pantang, rambut keliling segan plak nak tumbuh!
 

Thursday, May 2, 2013

Berenang, Memanah dan Berkuda.

Memandangkan 3 anak-anak lelakiku kurang mendapat pendedahan pendidikan secara terus dari bapa mereka yang hanya berjumpa 2 minggu sekali sejak akhir tahun 2012, maka terdetik dalam hati bagaimana usaha yang harus aku ikhtiarkan supaya kekosongan dalaman mereka dapat dipenuhi. Kerap kali terbaca di majalah atau post2 di facebook berkenaan cara pendidikan yang berbeza untuk anak-anak lelaki dan perempuan.

Anak-anak lelaki perlu diberi pendedahan yang lebih pada aspek pengurusan tenaga mereka dengan disalurkan kepada aktiviti fizikal yang lebih lasak dan dalam masa yang sama penggunaan daya fikiran perlu turut digunakan secara optimum. Jika diperhatikan pada aktiviti harian mereka, awal pagi dimulakan dengan sekolah kemudian petang ke sekolah agama hingga petang. Bagi Zaim pula selepas sekolah pagi waktunya hanya dihabiskan di taska asuhan tempat yang sama dengan Amir. Kerap kali Zaim dibebani dengan urusan menjaga adiknya Amir di taska dari segi mandi, makan, hingga tidur adik sehingga waktu mainnya dengan rakan-rakan terpaksa diketepikan kerana adiknya. Sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif pada tingkah-lakunya di rumah. Alhamdulillah perubahan ini dapat dikesan awal oleh bapanya suatu hujung minggu. Itu pentingnya pengaruh BAPA pada anak-anak lelaki terutamanya.

Hasil pembacaan juga, kerap kali terjumpa petikan ini Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim] (http://amekaw.com/2013/04/kenapa-perlu-belajar-berkuda-berenang-dan-memanah/).
Terdetik di hati untuk menghantar anak-anak belajar berenang tapi sukar mencari lokasi dan guru yang sesuai. Jadi kami mencuba dengan pilihan kedua iaitu mencari kelas memanah untuk anak2. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan kami dan kini sudah sesi kedua kelas memanah untuk Hadif dan Zaim. Melalui LEAP (Learning Archery Through Play) http://www.pemanah.net/ Hadif dan Zaim dapat meningkatkan keyakinan diri mereka di samping dapat belajar berkomunikasi dengan rakan yang jarang mereka jumpa. Amir pun tumpang seronok sebab datang pergi playground sepanjang sesi kelas abang2nya. Ohya, adik mereka yang kat dalam perut pun suka ..sibuk aktif dok tendang perut, tak sabar nak keluar kut...


Monday, August 22, 2011

Menjelang Aidilfitri 2011

Alkisah lagi beberapa hari lagi Ramadhan dah nak meninggalkan kiter, lagi-lagi plak waktu nih bendera jepun tgh berkibar plak tuh...ralatnya rasa, cam rugi byk benda tak boleh buat. waktu Ramadhan nih patutnya banyak amalan yang patut dibuat, ntah thn depan dapat jumpa lg tak Ramadhan.

Apa pun, sambil melayan waktu rehat nih, hati tercuit tengok gambar lama-lama nih.



Gambar waktu cukur jambul Amir Asyraff, adalah dalam 3 bulan umurnya.


Raya tahun 2010, tengah sarat mengandung, maka Amir lahir di bulan Syawal. Along dan ANgah lahir di bulan Ramadhan..
kali nih beraya di Penang, serba hijau kami sekeluarga. Baju hijau lumut nih untuk meraikan kak nani kahwin jugak. 2 dalam 1, jimat.

waktu nih, zaim kecil sangat lagi, hadif pun baru nak masuk 2 tahun.




Hadif Hakim dan Mama baru habis pantang waktu nih, kebetulan plak Yon dan Ina kahwin.


inilah pertama kali sambut raya dengan status sebagai ibu...tengah dalam pantang lagi nih, tp nak gak pakai baju raya .hehehe






Monday, May 23, 2011

Imah dah tunangan orang...







21 Mei 2011 : Imah bertunang. lokasi di kuarters RloveN. jeng jeng jeng...beriya siap lilit bunga di sepanjang tangga tapi berbaloi sebb nampak cantek luar n dlm gambar. for imah: selamat mengharungi alam pertungan, all the best untuk menanti bab seterusnya dalam kehidupan.



coming agenda Oktober 2011 my dear brother , Ariff nyer wedding plak. November 2011 my dear cousin , Nani's wedding. Disember 2011 will be Ekin's Engangement. all the best to all of you... jika telah dijodohkan pasangan itu untuk kamu, semoga dipereratkan dan dipanjangkan jodoh kalian dengan kebahagiaan. sebagai kakak, kaklong sentiasa doakan yang terbaik dan semoga kalian bahagia selalu.

Friday, April 1, 2011

Doa Isteri

terbaca kat blog nih http://afizart.blogspot.com/2008/01/doa-isteri-solehah.html dan terasa nak letak kat blog sendiri supaya boleh baca selalu. dan elok juga rasanya utk dikongsi dgn para isteri-isteri yang terbaca blog nih. so, here it is, cekidaut:-

Ya Allah.. Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah… Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi ya Allah…


Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suamiku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah…


Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah…


Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbingan Mu


Aku cacat tanpa hidayah Mu Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya Allah…


Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,


Ya Allah… Ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu


Ya Allah Tuhanku……. Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Monday, November 22, 2010

Kelahiran anak ke3 RloveN

Tanggal 14 Oktober 2010 jam 12.30 tgh malam @ awal pagi putera ketiga RloveN selamat dilahirkan di KPMC. Dengan berat 3.25kg (sangat sukar diterima memandangkan abang-abang nya semua kurang dari 3 kg).

yang ke 3 nih kami namakan Amir Asyraf bin Rosnadzran. 1/2 bulan lahir atuk dan neneknya ke Mekah menunaikan Haji. Sebulan usia plak papanya plak ke Jepun.... makalah tinggallah AMir dgn mama dan abg2, makcik2, pakcik2, atuk/nenek sedara yg rajin melawat kami anak beranak!

Tuesday, July 20, 2010

18Julai2010

ke Sogo utk cari baju hero-hero kecil. sgt penat sebab nak melayan kerenah diorang dan dlm masa yg sama nak cari barang utk diorang. kiter sibuk nak suai padan saiz baju diorang, diorang sibuk plak nak berlari ke mainan. sangat tak larat nak kejar dengan perut dah makin besar!

nasib baik sgt papa diorang tak keje hari tuh, kalo tak mmg tak kuarlah kami. punyalah leka mencari bebarang lain sampaikan hadif buat dialog " mama, abg lapar sgt nih. abg nak makan nasi ngan sambal" yg adik plak " adik nak nasi kuning". manalah nak cari nasi2 yg mcm tuh? so we end up makan kat INSAF mengikut selera mama dia :p. maka insaflah kami sekeluarga selepas makan di sana:-
1. sebab kesedapan dah tahap biasa
2. setakat air milo-ais n teh tarik tak dijual (ada air buah sahaja)
3. sukatan nasi yg sikit (jauh benar bezanya dengan nasi bukhara kat mahbub bangsar!)
oh, terjumap sepupu (cik na) plak kat sana....

setelah seharian berjalan.... badan sangat letih dan SANGAT tak sabar nak menanti 24Julai2010. sesi urutan versi mengandung di bella luna, sesi lepas masih terngiang di minda. hish,tak sabar betul rasanya! best sgt ......ala tp mesti kena bebel mcm nurse kat KIA pasal berat badan naik mendadak lg! lebih dari yg sepatutnya....

Monday, May 17, 2010

Kek, Lilin, Tiup...

Koleksi gambar berkaitan kek, lilin, tiup...aktiviti kegemaran hadif dan zaim tanpa mengira siapa punyer kek!
Nih, kek paling special khas untuk abah! nampak sgt muka abah terkejut sbb nampak muka masa memuda atas kek! beriya tiup lilin..pastuh serba salah nak potong ke tak sbb ader gambar abah :P



nih plak kek my hubby masa baru pindah kuarters semperna tarikh besday dia! kek kesukaan bini dialah...carrot-walnut -cheese topping! heaven...


kek hadif (3thn) & zaim(2thn) sambutan di lebak, temerloh semperna hari raya dan besday diorang ! meriah sgt siap ader karaoke! sambut plak ngan sepupu sepapat yg ramai...

kek paling tak dapat dilupakan..kek kawin RloveN...TQ paklang &maklang for the most romantic cake we ever had!



Friday, January 15, 2010

Kenangan 2009


Aktiviti terakhir bersama geng x-saas di Teratak RloveN I , menyambut last hari raya puasa dan deepavali!











Dan kini Teratak RloveN II, walaupun ada yg pertikai kenapa...banyak jugak aktiviti yang dah dibuat bersama keluarga dan kawan-kawan cuma gambarnya tak diupload. InsyaAllah... sket-sket akan cuba diceriakan teratak ini dari segi fizikal luaran dan dalamannya, amin! apa yang penting....hepi sokmo!

nih waktu doa selamat masuk Teratak RloveN II. (ruang tamu dan dapur)

Friday, May 8, 2009

Anniversary Mama& Abah!

Selamat ulangtahun mama dan abah yang ke-29 tahun.

Semoga berbahagia hidup mama dan abah selama-lamanya. amin!


Hadif dan Zaim yang paling gembira untuk ulang tahun mama abah, tapi cara diorang ucapkan tuh dengan nyanyian hepi besday plak! ermm.. dah nama nyer cucu, buatlah aper pun, atuk dan nenek mesti tak kisah punyer!

Tuesday, March 31, 2009

Hero-hero kecil ku!


Hadif tengah kusyuk makan strawberi gegula di Cameron Highlands sambil pakai topi strwberi! alahai...bebudak, bila buat aper-aper memang kusyuk betul!
Zaim teruja sungguh naik motor dia. tapi sampai skang malas btul dia nak bercakap. ader aper2 petua ker nak bagi anak cepat cakap? hehehe takperlah, insyaAllah cakaplah tuh nanti, yang penting sihat n aktif! hish...aku memang suka btul bagi dia pakai baju seksi cam tuh sbb suka tgk kaki dia!

p/s: tak sangka sungguh aku dah jadi ibu! maklumlah...waktu dedulu aku mmg tak berapa suka sgt ngan bebudak nih, aku suka tgk jer. nak pegang/dukung jgn harap! dia cam " nice to see but plzzzz no hold!" tapi skang...dah sendiri punyer cam suka sangat plak!

Thursday, February 19, 2009

Kerja + Cuti di Sabah!

25 - 31 Januari 2009 : Bertugas rasmi di RTM KK, Sabah utk tujuan pemantauan kerja migrasi sistem. Tengah sibuk dok buat persiapan utk tugasan di sana, tetiba ran call katanya nak ikut sekali sebab dia tak pernah ke sana. Melancong sambil berjimat katanya sbb dia cuma perlu bayar tambang, hotel tumpang i ajer! hehehe ..what everlah bang.... you hepi i pun hepi!


bersama rakan setugas di sana: robin, nusi, ros, zatul n me.



me n hubby.





Wednesday, January 7, 2009

Little Women

Little Women, suka btul baca buku tuh dulu..teringat plak cam kami adik beradik pompuan yang ramai!. ermm...rindu plak rasanyer....maklumlah kami adik beradik dah semakin susah nak kumpul semua serentak! nak plak skang aku dah pindah, dan bila balik plak kemungkinan nani tak balik, tak pun maybe ekin, imah sibuk plak!
hish, korang.... rindu btul kaklong kat korang! tak lupa kat mat arif, rindu gak ma... mohler dtg umah kaklong!