Friday, November 22, 2013

Menang GA by ekin!

Alhamdulillah... tak sangka sungguh. First time join GA sebenarnyer nih..sesaja cuba nasib sbb mmg suka sgt kat hadiah dia! TQ ekin sbb buat GA. Thanks gak kat Mrs.Rara ... hihihihih.
Pasnih nak cari cikgulah yg boleh ajar cara nak berblog nih...boleh? hihihihi . macam sempat lah sangat nak berblog bagai?

Thursday, November 7, 2013

GIVEAWAY by EKIN JAMAL

Memandangkan hadiah yang sangat best, so try jugaklah join GA nih. Manalah tau kot ada rezeki, kalo tak cuba memang confirm tak dapat langsung!

sebelum tu kena credit to Cik Puan Rara sebab hebahkan GA nih.. :)


So, dimulakan dengan memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Jeng jeng jeng...

1. Memang dah follow blog Ekin  walaupun sebelum nih jadi silent reader sahaja.
2. Maka tercoretlah alkisah entry kali nih dengan tajuk GIVEAWAY by EKIN JAMAL buat kali ini.
3. Banner yang harus ditempek adalah seperti di atas. TQ sekali lagi buat Pn.Rara sbb bgtau camna nak buat!
4. Gambar yang dipertaruhkan yang rasanya berkaitan dengan tajuk adalah seperti di bawah
 

Beriya kan hero-hero kenit aku sambut Awal Muharram? Kelas Gitew...
 
5. Olahan ayat kat bawah gambar tu ok tak? Diorang nih beriya bangun pagi tu nak pakai baju nih dan beratur kekonon ala menyanyi nasyidlah!Sbb malam sebelum tido dah bgtau esok awal Muharam, iaitu tahun baru untuk umat Islam.
6. bab tinggalkan link entry tu , nanti aku buat lepas nih.
 
tu saja Ekin... harap-harap adalah peluang dapat hadiah yg best tu! neway TQ ekin sbb buat GA nih..
 

 


Wednesday, October 23, 2013

4th RloveN's Product

Thank you Allah for our precious number 4th. Alhamdulillah, baby sihat dan perempuan!
Kami namakan anugerah kali ini ...Dhia Delisha Binti Rosnadzran. InsyaAllah nama yang membawa maksud Sinaran Kegembiraan ini akan memberi erti yang mendalam kepada yang empunya nama dan dapat memberikan kesan/aura kegembiraan juga kepada insan-insan di sekelilingnya.

Blog ini bukan sekadar coretan kosong dikala empunya blog punya masa luang, namun lebih kepada pengisian untuk tatapan anak-anakku bila kalian besar kelak! Biar kalian tahu walau betapa sibuk mama dengan pelbagai urusan; kalian tetap di hati mama.

Buat Dhia Delisha, di sini mama kepilkan gambar-gambar Dhia yang sempat mama rakam buat masa ini...
Wajah Dhia sejurus keluar dari rahim mama. Lapar sangat ke sayang, sibuk betul main air liurnya?

Nih Dhia lepas 44 hari, mama pun dah habis pantang!

Gambar nih pulak masa Raya Haji, TQ aunty Nani for the dress n hairband.

Peace Yo...Dhia dah genap 4 bulan. Jambul aja yg pantang, rambut keliling segan plak nak tumbuh!
 

Thursday, May 2, 2013

Berenang, Memanah dan Berkuda.

Memandangkan 3 anak-anak lelakiku kurang mendapat pendedahan pendidikan secara terus dari bapa mereka yang hanya berjumpa 2 minggu sekali sejak akhir tahun 2012, maka terdetik dalam hati bagaimana usaha yang harus aku ikhtiarkan supaya kekosongan dalaman mereka dapat dipenuhi. Kerap kali terbaca di majalah atau post2 di facebook berkenaan cara pendidikan yang berbeza untuk anak-anak lelaki dan perempuan.

Anak-anak lelaki perlu diberi pendedahan yang lebih pada aspek pengurusan tenaga mereka dengan disalurkan kepada aktiviti fizikal yang lebih lasak dan dalam masa yang sama penggunaan daya fikiran perlu turut digunakan secara optimum. Jika diperhatikan pada aktiviti harian mereka, awal pagi dimulakan dengan sekolah kemudian petang ke sekolah agama hingga petang. Bagi Zaim pula selepas sekolah pagi waktunya hanya dihabiskan di taska asuhan tempat yang sama dengan Amir. Kerap kali Zaim dibebani dengan urusan menjaga adiknya Amir di taska dari segi mandi, makan, hingga tidur adik sehingga waktu mainnya dengan rakan-rakan terpaksa diketepikan kerana adiknya. Sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif pada tingkah-lakunya di rumah. Alhamdulillah perubahan ini dapat dikesan awal oleh bapanya suatu hujung minggu. Itu pentingnya pengaruh BAPA pada anak-anak lelaki terutamanya.

Hasil pembacaan juga, kerap kali terjumpa petikan ini Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim] (http://amekaw.com/2013/04/kenapa-perlu-belajar-berkuda-berenang-dan-memanah/).
Terdetik di hati untuk menghantar anak-anak belajar berenang tapi sukar mencari lokasi dan guru yang sesuai. Jadi kami mencuba dengan pilihan kedua iaitu mencari kelas memanah untuk anak2. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan kami dan kini sudah sesi kedua kelas memanah untuk Hadif dan Zaim. Melalui LEAP (Learning Archery Through Play) http://www.pemanah.net/ Hadif dan Zaim dapat meningkatkan keyakinan diri mereka di samping dapat belajar berkomunikasi dengan rakan yang jarang mereka jumpa. Amir pun tumpang seronok sebab datang pergi playground sepanjang sesi kelas abang2nya. Ohya, adik mereka yang kat dalam perut pun suka ..sibuk aktif dok tendang perut, tak sabar nak keluar kut...