Wednesday, October 23, 2013

4th RloveN's Product

Thank you Allah for our precious number 4th. Alhamdulillah, baby sihat dan perempuan!
Kami namakan anugerah kali ini ...Dhia Delisha Binti Rosnadzran. InsyaAllah nama yang membawa maksud Sinaran Kegembiraan ini akan memberi erti yang mendalam kepada yang empunya nama dan dapat memberikan kesan/aura kegembiraan juga kepada insan-insan di sekelilingnya.

Blog ini bukan sekadar coretan kosong dikala empunya blog punya masa luang, namun lebih kepada pengisian untuk tatapan anak-anakku bila kalian besar kelak! Biar kalian tahu walau betapa sibuk mama dengan pelbagai urusan; kalian tetap di hati mama.

Buat Dhia Delisha, di sini mama kepilkan gambar-gambar Dhia yang sempat mama rakam buat masa ini...
Wajah Dhia sejurus keluar dari rahim mama. Lapar sangat ke sayang, sibuk betul main air liurnya?

Nih Dhia lepas 44 hari, mama pun dah habis pantang!

Gambar nih pulak masa Raya Haji, TQ aunty Nani for the dress n hairband.

Peace Yo...Dhia dah genap 4 bulan. Jambul aja yg pantang, rambut keliling segan plak nak tumbuh!
 

No comments: