Thursday, May 2, 2013

Berenang, Memanah dan Berkuda.

Memandangkan 3 anak-anak lelakiku kurang mendapat pendedahan pendidikan secara terus dari bapa mereka yang hanya berjumpa 2 minggu sekali sejak akhir tahun 2012, maka terdetik dalam hati bagaimana usaha yang harus aku ikhtiarkan supaya kekosongan dalaman mereka dapat dipenuhi. Kerap kali terbaca di majalah atau post2 di facebook berkenaan cara pendidikan yang berbeza untuk anak-anak lelaki dan perempuan.

Anak-anak lelaki perlu diberi pendedahan yang lebih pada aspek pengurusan tenaga mereka dengan disalurkan kepada aktiviti fizikal yang lebih lasak dan dalam masa yang sama penggunaan daya fikiran perlu turut digunakan secara optimum. Jika diperhatikan pada aktiviti harian mereka, awal pagi dimulakan dengan sekolah kemudian petang ke sekolah agama hingga petang. Bagi Zaim pula selepas sekolah pagi waktunya hanya dihabiskan di taska asuhan tempat yang sama dengan Amir. Kerap kali Zaim dibebani dengan urusan menjaga adiknya Amir di taska dari segi mandi, makan, hingga tidur adik sehingga waktu mainnya dengan rakan-rakan terpaksa diketepikan kerana adiknya. Sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif pada tingkah-lakunya di rumah. Alhamdulillah perubahan ini dapat dikesan awal oleh bapanya suatu hujung minggu. Itu pentingnya pengaruh BAPA pada anak-anak lelaki terutamanya.

Hasil pembacaan juga, kerap kali terjumpa petikan ini Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim] (http://amekaw.com/2013/04/kenapa-perlu-belajar-berkuda-berenang-dan-memanah/).
Terdetik di hati untuk menghantar anak-anak belajar berenang tapi sukar mencari lokasi dan guru yang sesuai. Jadi kami mencuba dengan pilihan kedua iaitu mencari kelas memanah untuk anak2. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan kami dan kini sudah sesi kedua kelas memanah untuk Hadif dan Zaim. Melalui LEAP (Learning Archery Through Play) http://www.pemanah.net/ Hadif dan Zaim dapat meningkatkan keyakinan diri mereka di samping dapat belajar berkomunikasi dengan rakan yang jarang mereka jumpa. Amir pun tumpang seronok sebab datang pergi playground sepanjang sesi kelas abang2nya. Ohya, adik mereka yang kat dalam perut pun suka ..sibuk aktif dok tendang perut, tak sabar nak keluar kut...


No comments: