Monday, November 22, 2010

Kelahiran anak ke3 RloveN

Tanggal 14 Oktober 2010 jam 12.30 tgh malam @ awal pagi putera ketiga RloveN selamat dilahirkan di KPMC. Dengan berat 3.25kg (sangat sukar diterima memandangkan abang-abang nya semua kurang dari 3 kg).

yang ke 3 nih kami namakan Amir Asyraf bin Rosnadzran. 1/2 bulan lahir atuk dan neneknya ke Mekah menunaikan Haji. Sebulan usia plak papanya plak ke Jepun.... makalah tinggallah AMir dgn mama dan abg2, makcik2, pakcik2, atuk/nenek sedara yg rajin melawat kami anak beranak!

Tuesday, July 20, 2010

18Julai2010

ke Sogo utk cari baju hero-hero kecil. sgt penat sebab nak melayan kerenah diorang dan dlm masa yg sama nak cari barang utk diorang. kiter sibuk nak suai padan saiz baju diorang, diorang sibuk plak nak berlari ke mainan. sangat tak larat nak kejar dengan perut dah makin besar!

nasib baik sgt papa diorang tak keje hari tuh, kalo tak mmg tak kuarlah kami. punyalah leka mencari bebarang lain sampaikan hadif buat dialog " mama, abg lapar sgt nih. abg nak makan nasi ngan sambal" yg adik plak " adik nak nasi kuning". manalah nak cari nasi2 yg mcm tuh? so we end up makan kat INSAF mengikut selera mama dia :p. maka insaflah kami sekeluarga selepas makan di sana:-
1. sebab kesedapan dah tahap biasa
2. setakat air milo-ais n teh tarik tak dijual (ada air buah sahaja)
3. sukatan nasi yg sikit (jauh benar bezanya dengan nasi bukhara kat mahbub bangsar!)
oh, terjumap sepupu (cik na) plak kat sana....

setelah seharian berjalan.... badan sangat letih dan SANGAT tak sabar nak menanti 24Julai2010. sesi urutan versi mengandung di bella luna, sesi lepas masih terngiang di minda. hish,tak sabar betul rasanya! best sgt ......ala tp mesti kena bebel mcm nurse kat KIA pasal berat badan naik mendadak lg! lebih dari yg sepatutnya....

Monday, May 17, 2010

Kek, Lilin, Tiup...

Koleksi gambar berkaitan kek, lilin, tiup...aktiviti kegemaran hadif dan zaim tanpa mengira siapa punyer kek!
Nih, kek paling special khas untuk abah! nampak sgt muka abah terkejut sbb nampak muka masa memuda atas kek! beriya tiup lilin..pastuh serba salah nak potong ke tak sbb ader gambar abah :P



nih plak kek my hubby masa baru pindah kuarters semperna tarikh besday dia! kek kesukaan bini dialah...carrot-walnut -cheese topping! heaven...


kek hadif (3thn) & zaim(2thn) sambutan di lebak, temerloh semperna hari raya dan besday diorang ! meriah sgt siap ader karaoke! sambut plak ngan sepupu sepapat yg ramai...

kek paling tak dapat dilupakan..kek kawin RloveN...TQ paklang &maklang for the most romantic cake we ever had!



Friday, February 19, 2010

Perjumpaan x-SAAS

Piknik belang nih pada 31Jan2010, tapi saja sekarang baru ada masa nak upload sket.
sangat seronok sebab dapat jumpa geng waktu zaman sekolah balik, kami dah berkawan sejak dari tingkatan 1 kat SAAS, kiranya dah lebih sedekad kami berkawan dan masih berhubung. masing-masing dah dengan kerjaya memasing tapi apa yang penting persahabatan kami sentiasa segar!

ketibaan... walaupun ran keje hari tuh, sanggup pi gak ngan 2 hero..

sangat meriah dan riuh.....credit for arin for these nice pics.

Sunday, January 24, 2010

hari bermalasan di rumah!

syoknyer.....seharian bermalas-malasan di rumah. bergolek2 sama hero-hero sekelian. baki blueberry cheese cake plak masih ader lagi, sedap btul mkn sejuk2. bekfas lambat so lunch + dinner kira sekali jerlah! layan tgk projek ikan kelah hubby seterusnya layan fb... oklah tuh! syoklah rumah nih...member2 n famili, mehler lepak sini :P

Friday, January 15, 2010

Kenangan 2009


Aktiviti terakhir bersama geng x-saas di Teratak RloveN I , menyambut last hari raya puasa dan deepavali!











Dan kini Teratak RloveN II, walaupun ada yg pertikai kenapa...banyak jugak aktiviti yang dah dibuat bersama keluarga dan kawan-kawan cuma gambarnya tak diupload. InsyaAllah... sket-sket akan cuba diceriakan teratak ini dari segi fizikal luaran dan dalamannya, amin! apa yang penting....hepi sokmo!

nih waktu doa selamat masuk Teratak RloveN II. (ruang tamu dan dapur)