Tuesday, July 20, 2010

18Julai2010

ke Sogo utk cari baju hero-hero kecil. sgt penat sebab nak melayan kerenah diorang dan dlm masa yg sama nak cari barang utk diorang. kiter sibuk nak suai padan saiz baju diorang, diorang sibuk plak nak berlari ke mainan. sangat tak larat nak kejar dengan perut dah makin besar!

nasib baik sgt papa diorang tak keje hari tuh, kalo tak mmg tak kuarlah kami. punyalah leka mencari bebarang lain sampaikan hadif buat dialog " mama, abg lapar sgt nih. abg nak makan nasi ngan sambal" yg adik plak " adik nak nasi kuning". manalah nak cari nasi2 yg mcm tuh? so we end up makan kat INSAF mengikut selera mama dia :p. maka insaflah kami sekeluarga selepas makan di sana:-
1. sebab kesedapan dah tahap biasa
2. setakat air milo-ais n teh tarik tak dijual (ada air buah sahaja)
3. sukatan nasi yg sikit (jauh benar bezanya dengan nasi bukhara kat mahbub bangsar!)
oh, terjumap sepupu (cik na) plak kat sana....

setelah seharian berjalan.... badan sangat letih dan SANGAT tak sabar nak menanti 24Julai2010. sesi urutan versi mengandung di bella luna, sesi lepas masih terngiang di minda. hish,tak sabar betul rasanya! best sgt ......ala tp mesti kena bebel mcm nurse kat KIA pasal berat badan naik mendadak lg! lebih dari yg sepatutnya....

4 comments:

Suziey Ahmad said...

nana ko peknen lagi ek? bestnyeeee.....sgt produktif ye ko...aku gk baru terhegeh2 nk mula menyemai benih..hiks:p

Yen said...

suzie cepat² join the club..aku ni dah huru hara dgn 3 hero haha

terokai seni said...

huh dah betul-betul insaf nak makan kat insaf sebab dah bertahun tak makan kat situ... kali ni lebih insaf betul bila dengo nasik makin sikit

Nana said...

suzie: sementara badan tgh mampu nak berjaga mlm, cecepat ler beranak. insyaAllah, anak ramai murah rezeki..

yen : jgn ckp huru hara...meriah!

cemomoi : nasi sikit pd kami je kot sbb kami mmg jenis pemakan. so, kenalah minta tambah nasi!