Friday, November 2, 2012

Saat yang penting dalam keluarga

Terima kasih Ustazah Norhafizah atas ingatan yang diberi, semoga ilmu yang diperolehi dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian. InsyaAllah....

1. Saat bangun tidur :
  • Senang hati suami jika ketika bangun tidur dilihat isteri cantik bertelekung selesai solat sunat sebelum subuh. Jangan bagi suami nampak kita dalam keadaan comot/tak terurus selepas bangun tidur
  • Anak : melunakkan suara dengan anak. Sambut bangun tidur mereka dengan salam dan sama-sama baca doa bangun tido. Jangan celik mata anak, teruk dengar tengking suara ibu dengan arahan apa yang perlu dibuat sepanjang hari.
2. Saat pergi sekolah/kerja:
  • Diiringi dengan senyuman, doa dan restu.
  • Salam dan senyum pada suami dan anak-anak. Jika keluar terlebih dahulu dari anak2, cuba telefon waktu yang dirasakan anak nak ke sekolah.
3. Saat pulang dari sekolah/kerja:
  • sambut dengan salam, senyum ...
4. Saat sebelum tidur :
  • sama-sama mengaminkan doa tidur di sisi anak-anak.
Anak-anak adalah amanah yang dianugerahkan Allah untuk kita, sama-samalah kita pikul tanggungjawab ini dengan penuh rasa syukur kerana diberi peluang ini.

Maaf anak-anak mama kerana Mama sering lupa perkara nih, kerap juga mama marah sbb rendah sangat tahap kesabaran mama. insyaAllah mama akan cuba cari sebanyak mungkin ilmu agar dapat kita sama-sama amalkan...

1 comment:

Dear bella said...

menariknya...
bertambah harmoni bila disamalkan selalu... :)

p.s : saya dah balas komen anda dlm post cara2 semak status halal...